Gangguan seksual di sekolah menyebabkan trauma berlarutan keatas mangsa. Kesan trauma menyebabkan fokus kepada pembelajaran terganggu. Berikut adalah nukilan mangsa gangguan seksual pada usia 12 tahun.
Nama aku Elina (Bukan nama Sebenar), disini nak kongsi pengalaman aku dan kawan-kawan mengalami gangguan seksual masa kami di sekolah rendah. Darjah 6, umur 12 tahun masa tu.
Ada seorang ustaz di sekolah suka pegang-pegang pelajar perempuan. Aku salah seorang nya. Dia suka pegang tangan aku. Ada sekali tu aku terserempak dengan ‘ustaz’ tu dekat tangga koridor. Kawasan tangga hujung merupakan lokasi strategik kerana agak sunyi orang lalu lalang.
Di cakap sesuatu ajak sembang, sambil pegang-pegang tangan aku. Aku masa tu budak yang ceria. Aku gelak-gelak saja dengan ‘ustaz’ tu. Aku tak tahu pulak apa yang dia buat tu sebenarnya salah.
Setiap kali bagi kerja sekolah nanti murid kena datang ambil buku di meja guru depan kelas, Ake perasan Ustaz tu akan pegang tangan pelajar-pelajar perempuan yang dia suka. Kawan aku ni memang selalu kena usik dengan dia. Usik dengan gurau-gurau ayat menggatal dah selalu sangat. Sambil usap tangan dia akan ambil peluang sentuh bahagian punggung juga. Perkara ini selalu dilakukannya terhadap aku dan beberapa orang kawan.
Tapi ada satu hari tu masa nama kawan aku ni kena panggil ke depan ambil buku, masa dia nak pusing balik tempat duduk dia ‘ustaz’ tu nak pegang punggung dia. Aku jerit: “Sofea!!” Sambil jegil mata aku. Nasib baik kawan aku tu laju. Tangan ‘ustaz’ tu tak sempat kena punggung kawan aku.
Aku perasan ‘ustaz’ ni dia paling suka usik pelajar perempuan yang berbadan gempal berisi sikit. Tapi aku masa tu kurus kering tau. Dia pegang-pegang tangan. Setiap kali aku jumpa dia memang aku elak jalan dekat-dekat dia sebab aku takut kena sentuh.
Pengalaman berkenaan menjadi trauma menyebabkan aku benci gila kat ‘ustaz’ tu. Sampai sekarang aku benci. Aku tak tahu aku dah maafkan dia atau belum. Tapi baru-baru ni dapat berita dia dah meninggal. Kawan aku bagitau dalam group Whatsapp.
Tapi aku sepatah pun tak reply ucap takziah ke apa. Sebab aku sakit hati diperlaku gangguan seksual. Aku harap perkara ini tidak menimpa anak-anak aku nanti. Benda ni beri impak trauma kepada diriku. Aku rasa benci dekat diri aku. Sampai sekarang. Aku rasa bodoh sebab tak bersuara dulu.
Sekarang umur aku dah 25 tahun. Trauma lama tu masih berbekas. Aku tak penah cerita dekat sesiapa pun hatta mak ayah aku. Dalam hidup aku 3 kali aku kena gangguan seksual. Semuanya melibatkan sentuhan. Mak ayah aku tak pernah ajar aku pasal benda-benda ni.
Aku harap suatu hari nanti, aku dapat jadi pelindung untuk anak-anak aku. Aku tidak mahu mereka mengalami gangguan seksual di zaman persekolahan.