Proses  Impot Eksport Jenazah Dan Pembalseman

Proses  Impot Eksport Jenazah Dan Pembalseman

Adakah anda tahu apa itu proses pembalseman? Ia adalah teknik yang sering digunakan untuk mengawet jenazah agar kekal dalam keadaan baik, terutamanya jika perlu dihantar ke lokasi yang jauh.


Langkah-Langkah Pembalseman

  • Pemeriksaan Awal: Evaluasi keadaan fizikal jenazah untuk menentukan teknik terbaik.
  • Pengeluaran Cecair: Darah digantikan dengan cecair pengawet seperti formalin.
  • Organ Dalaman: semua organ dalaman hati, paru-paru, jantung, limpa dihancurkan dan disedut keluar.
  • Rawatan Luaran: Jahit semua liang yang ditebuk dan penjagaan wajah.(Wajah akan dibentuk supaya kelihatan senyum)

12 Liter Cecair pengawet Formalin dan alatan menghancurkan organ dalaman mayat

Pertimbangan Penting

Proses ini memerlukan kos dan masa, serta pertimbangan agama dan budaya. Dalam Islam, keutamaan adalah:

  1. Pengebumian di segerakan  di lokasi tempat kematian berlaku,
  2. Pembalseman diklasifikasikan sebagai menyakitkan mayat. Namun kaedah embalsimen terpaksa dilakukan juga dengan kaedah hukum darurat, jika kematian warga asing di negara seperti China yang tidak membenarkan jenazah asing dikebumikan kecuali dengan kaedah pembakaran.

Pembalsimen juga dilakukan  jika ahli keluarga meminta mayat  dibawa pulang ke negara asal. Ini adalah untuk mematuhi syarat syarikat penerbangan yang menetapkan sedemikian.

Memahami apa itu pembalseman membolehkan anda membuat keputusan yang lebih bijaksana. Sanggupkah anda melihat jenazah ahli keluarga diperlakukan sedemikian.

“`

Leave a Reply