Umpil pacuan 4roda di ATKC Hardware, Banting

Pada 21 November 2024, sekitar jam 11:42 pagi, satu kejadian umpil kenderaan berlaku di ATKC Hardware, Banting. Tiga suspek yang menaiki dua buah kereta dipercayai telah mengekori mangsa dari pekan Banting sebelum cuba melakukan pecah masuk ke dalam sebuah kenderaan pacuan 4 roda milik seorang pelanggan kedai berkenaan.

Mangsa baru mengeluarkan wang dari sebuah bank kemudian menuju ke sebuah kedai pembekal binaan ATKC Hardware Banting. Suspek terus mengekori mungkin berniat untuk mencuri wang mangsa yang baru dikeluarkan dari bank. Kronologi kejadian menunjukkan bahawa suspek-suspek ini beroperasi dengan berhati-hati, cuba mengintai ke dalam kereta mangsa sebelum melakukan cubaan untuk mengumpil pintu. Meskipun terdapat beberapa cubaan, hanya cubaan ketiga oleh Suspek pertama yang berhasil. Tetapi mereka gagal menemui wang dalam kenderaan berkenaan. Berkemungkinan wang ada bersama mangsa didalam kedai berkenaan.

Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Banting. Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai suspek, diminta untuk segera menghubungi Balai Polis Banting di 03-3187 2222.

Lindungi diri anda dan tingkatkan kesedaran terhadap keselamatan!

Leave a Reply