Lori rempuh palang besi hempap Penunggang Motosikal

Insiden Patah Tangan: Penunggang Motosikal Dihempap Palang

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal mengalami patah tangan kanan selepas dihempap palang besi berhampiran Bulatan Dato Onn, Bank Negara, Jalan Hang Tuah, pada malam Rabu lalu.

Palang besi patah setelah dilanggar oleh sebuah lori.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 11:22 malam melalui MerS999. Sebuah jentera bomba segera dihantar ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Kamalzul Anuar Zulkifli, menyatakan bahawa tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah telah dikerahkan untuk membantu. Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah motosikal telah dihempap palang akibat dilanggar oleh sebuah lori.

\”Mangsa, seorang lelaki, berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang bertugas dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,\” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Disiarkan pada: November 30, 2024 @ 3:23pm

Leave a Reply