Polis Berkas Lelaki Ragut Rantai Leher Penjual Kalung Bunga Di Teluk Intan

Teluk Intan 14 Februari 2025– Polis berjaya memberkas seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes samun peniaga kalung bunga di Hoover Park, Jalan Sultan Abdullah pada 28 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek ditahan sekitar pukul 10 malam pada 5 Februari lalu di tepi Jalan Sungai Manik.

Fakta Kes

  • Lokasi: Hoover Park, Jalan Sultan Abdullah
  • Tarikh Kejadian: 28 Januari 2025
  • Tarikh Penangkapan: 5 Februari 2025
  • Jumlah Kerugian: RM10,000 (kes pertama) & RM18,000 (kes kedua)
  • Rekod Jenayah Suspek: Kecurian kabel & narkotik (2024)
  • Kes disiasat bawah: Seksyen 392 Kanun Keseksaan

Menurut polis, suspek juga dipercayai terlibat dalam satu lagi kes samun di Jalan Kampung Banjar pada hari yang sama sekitar jam 5 pagi, mengakibatkan kecederaan kepada seorang wanita.

Suspek kini direman untuk membantu siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

IPOH, 29 Jan (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes samun rantai leher milik wanita warga emas dalam kejadian di sebuah rumah di Hoover Park, Jalan Sultan Abdullah di Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata ketika kejadian kira-kira 7 pagi, mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.

Beliau berkata ketika mangsa sedang menyiapkan kalungan bunga itu, suspek telah menghampirinya dari arah belakang dan meragut seutas rantai leher emas milik wanita berkenaan.

\”Suspek telah bergelut dengan mangsa semasa hendak meragut rantai mangsa sebelum menolaknya hingga terjatuh ke lantai. Mangsa telah menjerit meminta tolong dan suspek telah melarikan diri selepas berjaya meragut sebahagian rantai yang dipakai oleh mangsa,\” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,500 dan cedera di bahagian leher selain luka di bahagian tangan, kaki dan pinggul.

Suspek dipercayai warga tempatan berbadan gempal, berkulit gelap, memakai topi keledar dan pelitup muka berwarna hitam serta memakai jaket berwarna hitam kuning. Suspek juga menaiki motosikal jenis Honda Wave 125 dengan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muzlifah Azmi di talian 011-21858926 atau Balai Polis Teluk Intan di talian 05-6292222.

Video berdurasi 22 saat yang memaparkan kejadian kes berkenaan turut tular di media sosial.

Leave a Reply