Pertikaian Nilai PampasanĀ
š Pengenalan
Kampung Sungai Baru (KSB), yang terletak berhampiran Kampung Baru, Kuala Lumpur, menjadi topik hangatĀ berikutan isu pengambilan tanah untuk projek pembangunan semula.
Isu ini bukan hanya melibatkan aspek pembangunan, tetapi juga menyentuh hak penduduk dan nilai tanah mereka yang telah dihuni selama berpuluh tahun.
Pembangunan semula melibatkan kawasan rumah teres dan rumah Flat
Proses ini menimbulkan pelbagai pertikaian mengenai jumlah pampasan yang diterima penduduk rumah teres, yang dilihat sebagai tidak setimpal dengan nilai sebenar tanah mereka, terutamanya dengan potensi pembangunan di kawasan tersebut.
Bagaimanapun Penduduk Rumah FlatĀ bersetuju dengan pampasan kerajaan.
Kisah Penduduk yang Setuju JV: Pulang ke Kampung dengan Hidup Baharu
Tahukah anda? Seorang pendudukĀ dari Kampung Sungai Baru yang menyokong usaha pembangunan semula telah bersetuju dengan pelan usahasama (JV) bersama pemaju.
Adakah beliau dihalau keluar dari kampung kelahirannya?
Tidak! Malah, selepas projek siap, beliau dan keluarga akan kembali menetap di kampung yang sama ā kini dalam unit kondo moden yang dibina menggantikan rumah asal.
Apa yang penduduk ini terima dalam pelan JV?
- š“ 3 buah unit kondo
- š“ Bayaran penuh kos ubahsuai kondo
- š“ Wang tunai sebagai pampasan tambahan
- š“ Sewa rumah dibayar oleh pemaju sepanjang tempoh pembinaan
Ini membuktikan bahawa pelan JV bukan sahaja memberi nilai yang tinggi, malah menjanjikan masa depan yang lebih baik buat pemilik asal yang bersetuju dengan proses pembangunan.


Tahukah anda akak ni antara penduduk Kg Sungai Baru yg setuju JV dgn pemaju.
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) July 19, 2024
Adakah dia kena halau dari kampung kelahiran dia?
Tidak!
Lepas kondo siap, dia & keluarga akan datang balik menetap di Kg Sungai Baru.
Utk sebuah rumah teres yg diambil pemaju, akan digantikan dgn ;⦠https://t.co/A8f4nYaI1X pic.twitter.com/hRrrz4KMek
Penemuan Geran Asal dan Isu Status Tanah
š§¾ Penemuan Geran Asal dan Status Tanah
Penemuan geran asal menunjukkan bahawa tanah di Kampung Sungai Baru berstatus Malay Agricultural Settlement (MAS), yang memberikan hak dan perlindungan tambahan kepada penduduk. Isu ini kini menjadi bahan perdebatan antara pihak berkuasa dan penduduk, yang berharap agar pihak berwajib mempertimbangkan perkara ini dalam menentukan pampasan yang lebih adil.
Walaupun terdapat penilaian oleh jurunilai berlesen, penduduk berasa bahawa pampasan yang ditawarkan tidak mencerminkan potensi masa depan tanah tersebut. Sebahagian pemilik rumah teres diberi pampasan sekitar RM800,000, angka ini sebenarnya mengikut nilai pasaran dan bukan terlalu rendah seperti didakwa.
Semak Semula Nilai PampasanĀ
Dapatkan Semakan dari Jurukur Harta BerlesenĀ
Perkara berbangkitĀ ialah nilai bayaran pampasan yang dikatakan sangat rendah. Oleh itu penduduk yang tidak berpuas hati perlu mendapatkan nilaian semula dari Jurukur Harta Berlesen . Dengan cara ini pertikaian tentang nilai pampasan dapat di pertimbangkan secara profesional.
Tindakan Politik dan Media
š Tindakan Politik dan Media
Penyelesaian urusan perundangan melalui saluran Politik dan Media hanya menguntungkan pihak berkepentingan sahaja. Pertikaian Undang-undang mesti diselesaikan di mahkamah.
Sebahagian Penduduk yang bersetuju dengan nilai pampasan mendesak kerajaan mempercepatkan pembinaan semula Kg Sungai Baru.